Tuesday, June 14, 2011

Day One

Assalamualaikum,

Bermulanya hari yang agak kelam kabut. Awal pagi yang macam biasa. Agak susah nak menggerakkan tubuh yang berselimut kerana hawa dingin yang masih terasa...mmmmm bestnyer. Tapi terkenangkan anak yang nak bersiap ke sekolah,  yang seorang lagi masih tidur dan menguasai teritory ku membuatkan aku makin ke tepi katil dan nyaris terjelepok ke bawah dan yang paling membuatkan aku ingin bangun pagi ialah kerana tuntutan harian pada nya....solat subuh...hmmm...alhamdulillah...dan yang selebihnya kerana terpaksa demi tuntutan kewangan harian....KERJA..

Hari ini seperti semalam...carpool. Nak buat macam mana. Wind screen kereta ku telah retak menanti pecah dek kepala anak ku Alfean. Tapi aku tetap amat bersyukur kerana kepala Alfean tidak ada yang cedera kecuali bingung sekejap sambil menyapu kepala...hihihihi...comel !

Terima kasih kepada sang suami kerana masih sabar menghantar aku ke tempat kerja yang jauhnya tak seberapa...hihihi...insyaallah next week sudah boleh bergerak sendiri..

Hari ini juga maid aku akan pulang bercuti di kampung. Bermakna tugas extra akan bermula selepas aku pulang dari kerja...hmmmm...yes I can do it !...ceh macam tak pernah buat...hihihi. Tapi yang tak bestnyer Alfean dan Alya akan kurang diberi perhatian semasa ketiadaan (kerja) aku. Tapi aku perlu hantar Alfean ke ampang. Tidak bole tidak. Melainkan monthly household income sentiasa berjalan or bertambah sekiranya aku cuti tanpa gaji atau BERHENTI...alangkah bahagianya hidup...

Berkisar pasal duit ni takkan ade kesudahan. Kadang kadang duit boleh buat aku gila ...kadang kadang duit boleh buat aku menangis, kadang kadang duit boleh buat aku marah tak henti, kadang kadang duit boleh buat aku termenung tiap pagi, kadang kadang duit boleh buat aku jadi lupa diri.....TAPI jarang jarang duit boleh buat aku happy, jarang jarang duit boleh buat aku senyum sendiri, jarang jarang duit boleh buat aku ingat kan aku tentang mati, jarang jarang jugak duit bole buat aku berangan tinggi, DAN jarang jarang juga duit boleh menyelamatkan situasi....hmmmm...So why wee need 'DUIT' to Live A Life....????

No comments:

Post a Comment